Saturday, March 14, 2009

durian oh durian......

Durian ni memang buah kegemaran saya ^_^. Kalau dulu saya boleh habiskan beberapa biji durian seorang.



“Mmmph… Sedapnya hingga menjilat jari”

Tapi, sejak berkahwin ni, jarang sangat nak dapat makan durian. Nak buat macam mana, suami memang tak makan durian. Haisy!

Semalam, kebetulan saya pulang ke kampung bersama suami (hoho… time hari kerja pun boleh balik kampung? :p ) Jadi, singgah sekejap rumah makcik untuk makan tengahari (hehe, malas nak masak :p) Kebetulan juga, ada durian kat rumah dia. Yea!!!! Setelah perut kekenyangan melantak santapan tengahari, perut saya masih lagi punyai ruang untuk diisi. Sudahnya, saya habiskan sepinggan besar durian seorang. Mula ingat nak makan 2 3 ulas je. Tapi, makan-makan sambil berbincang isu-isu politik semasa, tak sedar rupanya habis licin satu pinggan. Hehe.

Akibatnya, badan saya kepanasan dari semalam sampai ke hari ni. Tekak dah mula sakit. Hidung dah mula tersumbat. Cuma belum demam je lagi

Ada orang yang suka makan buah durian dan apa-apa juga masakan yang berasaskan durian. Contoh macam kuah durian (orang Perak panggil serawa), tempoyak, dan sebagainya.

Ada orang tidak suka makan durian, tapi suka pulak makan tempoyak. Hmm.. Musykil ni.

Tapi saya, suka sangat makan buah durian, tapi tidak masakan yang berasakan durian ^_^

Jadinya, saya memang tidak dapatlah nak berkongsi resipi dengan puan-puan bagaimana cara membuat tempoyak, serawa dan sebagainya. Saya tak makan, dan saya tak tahu pun cara nak buatnya. Tapi, saya sediakan beberapa link untuk resipi masakan yang berasaskan durian untuk dikongsi bersama.

Pulut Santan Durian
Kek Durian
Ais Krim Durian
Kuah Durian / Serawa



Kek Durian

Mungkin puan-puan ada lagi beberapa resipi masakan yang berasakan durian. jadi bolehla anda kongsikannya bersama di sini

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment