Saturday, March 14, 2009

Aiscream Durian

Bahan-bahan ( +- 600ml )
250g isi durian
200ml fresh cream / whipping cream
200ml fresh milk
200ml air
50-70g susu pekat manis
Cara-cara Masuk semua ke dalam blander/ FP . Mix sehingga sebati.
Masukkan susu sikit demi sedikit. Sambil tu rasalah..Ni utk mengelakkan dari termanis.. Kalau durian tu dah manis.. letaklah sedikit sahaja.
Bila dah siap tu bolehlah simpan kat tempat frozen.
Bila dah hampir separuh beku tu, bawa keluar dr freezer. Mix dengan mixer sehingga nampak gebu.. Lepas tu frozen semula. (ulang 2-3x utk dapat hasil yg lembut)
Boleh juga buh dalam bekas aiskrim utk anak-anak
Tag : pencuci mulut

Cake Durian

Bahan-bahan ( 10 - 15 orang )
185 g mentega
150 g gula aising
4 biji telur Gred A, asing kuning dan putihnya
185 g tepung berserbuk penaik (self raising flour), diayak
125 g isi durian segar, dikisar
Secubit cream of tartar
Cara-cara Pukul mentega dan gula hingga putih. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.
Masukkan tepung berselang - seli dengan isi durian hingga habis. Gaul hingga rata.
Dalam mangkuk lain pukul putih telur bersama secubit cream of tartar hingga kembang dan kental. Kaup dan gaulkan ke dalam adunan kek tadi menggunakan senduk secara sehala (jangan terlebih gaul) hingga rata.
Tuang dalam tin kek yg telah digris dengan mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 40 - 50 minit. Bergantung pada oven masing-masing.
Uji kek dengan cara mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek jika lidi itu keluar licin, kek anda telah masak. Selamat mencuba.....
Tagkek : Pencuci mulut

Kuah Durian ( Serawa Durian )

Bahan-bahan ( 2 orang )
5 ulas durian
3 sudu gula pasir
1 1/2 cawan santan sederhana pekat
Pilihan : boleh juga tambah gula merah untuk mengubah warna
Cara-cara Buangkan biji durian dan hancurkan sedikit.
Masukkan dalam periuk bersama gula dan santan.
Masak hingga mendidih.
Kalau nak makan dengan roti jala, klik di sini
Tag :sos

Pulut Santan Durian

Bahan-bahan ( 2 orang makan )
bahan utama
2 biji durian
2 cawan/pot beras pulut
santan
santan dari sebiji kelapa
1/4 kerek manisan (kalau nak tukar gula, gula perang, gula melaka pun boleh)
garam sikit
Cara-cara Tanak beras pulut dulu, nak kukus pun boleh.
Santan campurkan dengan manisan dan garam, kacau sebati.
bolehla makan...kalau malas nak tanak beras pulut, makan ngan nasik pun jadi.
Tag:
durian pulut

Gula Melaka

Derived from the tropical coconut tree, coco nucifera. Juice is collected from the flowering stalks of specially selected coconut trees twice a day. This juice is then cooked for a few hours until it becomes concentrated. Then, it is poured into bamboo moulds to form pure Gula Melaka. The Gula Melaka does not contain any type of additive or artificial colouring. It can be used as a natural sweetener… good for making cakes and other desserts, food coating or mixed with drinks and beverages. To make Gula Melaka, ingredients needed are coconut flower juice and lime.

Dodol durian

The original Dodol and durian Dodol are the most popular amongst malaysians. Made only from the finest natural ingredients, these famous malaysian cakes are probably one of those few rare traditional food products that has survived modern-day proliferation and are still being produced using traditional recipes. Ingredients to make Dodol durian are coconut flower juice, coconut milk, palm sugar, glutinous rice/durian.

durian oh durian......

Durian ni memang buah kegemaran saya ^_^. Kalau dulu saya boleh habiskan beberapa biji durian seorang.



“Mmmph… Sedapnya hingga menjilat jari”

Tapi, sejak berkahwin ni, jarang sangat nak dapat makan durian. Nak buat macam mana, suami memang tak makan durian. Haisy!

Semalam, kebetulan saya pulang ke kampung bersama suami (hoho… time hari kerja pun boleh balik kampung? :p ) Jadi, singgah sekejap rumah makcik untuk makan tengahari (hehe, malas nak masak :p) Kebetulan juga, ada durian kat rumah dia. Yea!!!! Setelah perut kekenyangan melantak santapan tengahari, perut saya masih lagi punyai ruang untuk diisi. Sudahnya, saya habiskan sepinggan besar durian seorang. Mula ingat nak makan 2 3 ulas je. Tapi, makan-makan sambil berbincang isu-isu politik semasa, tak sedar rupanya habis licin satu pinggan. Hehe.

Akibatnya, badan saya kepanasan dari semalam sampai ke hari ni. Tekak dah mula sakit. Hidung dah mula tersumbat. Cuma belum demam je lagi

Ada orang yang suka makan buah durian dan apa-apa juga masakan yang berasaskan durian. Contoh macam kuah durian (orang Perak panggil serawa), tempoyak, dan sebagainya.

Ada orang tidak suka makan durian, tapi suka pulak makan tempoyak. Hmm.. Musykil ni.

Tapi saya, suka sangat makan buah durian, tapi tidak masakan yang berasakan durian ^_^

Jadinya, saya memang tidak dapatlah nak berkongsi resipi dengan puan-puan bagaimana cara membuat tempoyak, serawa dan sebagainya. Saya tak makan, dan saya tak tahu pun cara nak buatnya. Tapi, saya sediakan beberapa link untuk resipi masakan yang berasaskan durian untuk dikongsi bersama.

Pulut Santan Durian
Kek Durian
Ais Krim Durian
Kuah Durian / Serawa



Kek Durian

Mungkin puan-puan ada lagi beberapa resipi masakan yang berasakan durian. jadi bolehla anda kongsikannya bersama di sini

Selamat Mencuba!